Sejarah Sekolah

Sekolah ini didirikan pada tahun 1958, tetapi diisytiharkan pada tahun 1959. Ia diasaskan oleh Tn Hj. Sulaiman b. Tn. Hj. Ngah. Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya mempunyai tiga orang tenaga pengajar sahaja iaitu Tn Hj Sulaiman b. Tn Hj Ngah sebagai pengetua, Tn. Hj. Abdul Hamid b. Hj. Ismail dan Yahaya b. Idris. Pada awal penubuhan, murid-muridnya belajar di bangunan sementara iaitu di Pondok Al- falah (kini dikenali sebagai Pondok Ihsaniah).

Pada permulaannya di Pondok Al-Falah, hanya terdapat 50 orang pelajar sahaja pada awal penubuhan

sekolah idan kebanyakan pelajar datang dari negeri Pahang (daerah Merapuh, Raub dan kawasan lain) dan Thailand. Sekolah ini dinamakan Al-Falah kerana dari segi Bahasa Arab yang diberi maksud kejayaan dan petani. Pada peringkat awal, tenaga pengajar adalah daripada golonganpetani dan mereka akan mengajar apabila diperlukan atau semasa mereka lapang.

Selain daripada itu, nama ‘Falah’ juga dipilih kerana sebelum sekolah ini ditubuhkan, kawasan ini merupakan hutan pokok palas (daunnya digunakan untuk membuat ketupat).

Bangunan sementara di tapak asal sekolah terlalu ringkas. Tiang-tiangnya diperbuat daripada batang nibong manakala rangka bumbungnya diperbuat daripada batang kayu bulat. Sementara itu, dinding bangunan tersebut hanya diperbuat daripada buluh. Kerusi dan mejanya juga diperbuat daripada buluh dan siap ditanam di dalam tanah.

Lokasi SMUAF dalam aplikasi Google Earth

GMap Al-Falah.png
  1. Sejarah Pembangunan Sekolah

Sekolah ini telah mengalami banyak perubahan pada struktur bangunanya sebelum mencapai tahap sekarang iaitu:

  1. PERKEMBANGAN SEBELUM SABK DARI SEGI INFRASTRUTUR SMU(A) AL-FALAH
    1. 1958 hingga 1963: Tapak sekolah asal di Kawasan Masjid Kg Siram yg dulu dikenali sebagai Pondok Al-Falah.
    1. 1964: Sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru. Ia merupakan hasil sumbangan orang ramai pada waktu itu. Pada permulaanya, keluasan tapak sekolah ini hanyalah 480 depa sahaja. Bangunan sekolah diperbuat daripada kayu.
    1. 1967: Sebuah Bangunan telah diruntuhkan akibat banjir besar. Sebuah bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan tersebut. Struktur bangunan tersebut dibina bersama dengan penduduk kampung dengan menggunakan kayu balak.
  1. 1970: Kawasan sekolah dibesarkan dengan pembelian tanah seluas 755 depa untuk mendirikan bangunan baru atas sumbangan Kerajaan Negeri dan orang ramai.

Sekolah telah menerima bsnysk bantuan kewangan untuk baik pulih bangunan kerana kawasan Kampung Siram sering dilanda banjir apabila musim tengkujuh pada bulan Disember hingga Mac. Peruntuka banyak disumbangkan oleh pihak Sekolah-Sekolah Agama Kelantan (JASA) yang kini dikenali sebagai Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan KPM. Sehingga 2008, SMU(A) Al-Falah Siram mempunyai 3 bangunan iaitu Blok Pentadbirana, Blok Akedemik dan Blok Asrama.

  • PERKEMBANGAN TERKINI DARI SEGI INFRASTRUTUR SMU(A) AL-FALAH (SABK)

Al-Falah mengalami perkembangan yang memberangsangkan setelah menyertai SABK pada tahun 2009. Peningkatan jumlah pelajar, prasarana yang lebih selesa dan pertambahan guru menjadikan SMUA Al- Falah sebaris dengan sekolah-sekolah yang lain yang berada di sekitar Pasir Mas.