Logo

Kubah Putih

Kubah -Teras Keikhlasan dan Ketekunan

Putih – Kesucian dan keharmonian


الفلاح

(Khat berbentuk kubah) bermaksud Kejayaan sama dengan kalimat dalam bait azan.

لا عيش الا عيش الاخرة

Tiada kehidupan yang hakiki selain kehidupan akhirat

Petikan dari Sahih Bukhari: Kitab Riqaq. sesungguhnya kehidupan dunia walaupun mewah namun pasti akan berakhir, walaupun seseorang diberi umur 100 atau 1000 tahun tetap saja akan berakhir (mati). Tetapi kehidupan akhirat kekal abadi, dan itulah kehidupan yang hakiki dan kenikmatan yang sebenarnya.

١٩٥٨ م
١٢٧٩ ه

1958 M bermaksud tahun sekolah ini didirikan ialah pada tahun 1958, tetapi diisytiharkan pada tahun 1959 bersamaan 1279 Hijrah.

اوسها، ماجو، بركة

Usaha, Maju, Berkat:

Usaha: Daya upaya (ikhtiar) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu.

Maju: Bertambah baik keadaannya (dalam pelajaran)

Berkat: Kemuliaan (iaitu anugerah Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi)

سكوله منڠه اوݢاما عرب سيرام 17000 ڤاسير مس کلنتن

Sekolah Menengah Ugama Arab Siram 17000 Pasir Mas Kelantan

Sebelum lencana dihasilkan, sekolah ini dikenali dengan panggilan ‘Sekolah Arab Siram’ oleh orang setempat.

Warna-Warna Pada Logo

Mimbar Hijau Muda: Mimbar- Mercu ilmu dan Keilmuan Hijau Muda- Islam

Bulan Sabit Berjalur (Jingga) Warna jingga – meningkatkan komunikasi kerana membawa keceriaan, kegembiraan kreativiti.
Kuning – Raja Berdaulat

اقرأ

Al-Quran: Pedoman hidup